Posts

Showing posts from February, 2015

Biodata Allahyarham Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat

Image
Tuan Guru Dato' Bentara Setia  Haji   Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat  (10 Januari 1931 – 12 Februari 2015) ( Jawi :  نئ عبدالعزيز بن نئ مت ) merupakan bekas  Menteri Besar Kelantan . Imej beliau lebih terserlah sebagai seorang  ulama , di samping merupakan Mursyidul Am   Parti Islam Se-Malaysia (PAS). Pada tahun 2008, Gerakan Rakyat Anti Korupsi (GERAK) telah menganugerahkan beliau sebagai Menteri Besar yang memiliki rekod paling bersih di Malaysia. Anugerah itu diberikan sebagai menghargai usaha beliau menentang gejala rasuah sepanjang mentadbir Kelantan selama hampir 18 tahun. [1] Pada tahun 2009, beliau diletakan diantara 50 tokoh Islam berpengaruh didunia dan disenaraikan dalam buku berjudul "The 500 Most Influential Muslims". [2] Dilahirkan pada hari Sabtu 10 Januari 1931   di   Kampung Pulau Melaka ,   Kota Bharu   beliau merupakan anak kedua daripada sembilan orang adik-beradik. Hasil perkongsian hidup dengan isterinya, iaitu Tuan Sabariah binti Tuan Ishak,

SYEIKH YUSUF AL QARADHAWI DALAM FATWANYA TENTANG ISU WAHABI

Image
SYEIKH YUSUF AL QARADHAWI DALAM FATWANYA TENTANG ISU WAHABI Dr. Yusuf Al-Qaradhawi Menjelaskan Tentang WahabiKongsi. Semalam pada pukul 1.10 pagi Perkataan Wahabi Kadang-kala, Dr. Yusuf Al-Qaradhawi ada memanggil golongan pengaku salafi ini sebagai wahabi juga sepertimana dalam satu wawancara di mana beliau berkata من كفر السلفية أو الوهابية من كفر الصوفية من كفر الشيعة هذا موجود فعلا Maksudnya: “Ada orang yang mengkafirkan As-Salafiyyah atau Al-Wahhabiyyah, ada orang yang mengkafirkan Sufiyyah dan ada orang yang mengkafirkan Syiah. Ini memang berlaku secara realitinya”. Rujukan: http://www.qaradawi.net/site/topics/article.asp?cu_no=2&item_no=5541&version=1&template_id=105&parent_id=16 Perkembangan Wahabi Beliau menulis dalam kitabnya berjudul “Ummatuna Bain Qarnain” “Dan di Al-Mamlakah Al-Arabiyyah As-Saudiyyah (Republik Arab Saudi) muncul gerakan As-Salafiyyah yang mengajak kepada Tauhid yang berunsurkan tiga unsur iaitu: Tauhid Rububiyyah, Tauhid Uluhiyyah d