Posts

Showing posts from 2015

Biodata Allahyarham Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat

Image
Tuan Guru Dato' Bentara Setia  Haji   Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat  (10 Januari 1931 – 12 Februari 2015) ( Jawi :  نئ عبدالعزيز بن نئ مت ) merupakan bekas  Menteri Besar Kelantan . Imej beliau lebih terserlah sebagai seorang  ulama , di samping merupakan Mursyidul Am   Parti Islam Se-Malaysia (PAS). Pada tahun 2008, Gerakan Rakyat Anti Korupsi (GERAK) telah menganugerahkan beliau sebagai Menteri Besar yang memiliki rekod paling bersih di Malaysia. Anugerah itu diberikan sebagai menghargai usaha beliau menentang gejala rasuah sepanjang mentadbir Kelantan selama hampir 18 tahun. [1] Pada tahun 2009, beliau diletakan diantara 50 tokoh Islam berpengaruh didunia dan disenaraikan dalam buku berjudul "The 500 Most Influential Muslims". [2] Dilahirkan pada hari Sabtu 10 Januari 1931   di   Kampung Pulau Melaka ,   Kota Bharu   beliau merupakan anak kedua daripada sembilan orang adik-beradik. Hasil perkongsian hidup dengan isterinya, iaitu Tuan Sabariah binti Tuan Ishak,

SYEIKH YUSUF AL QARADHAWI DALAM FATWANYA TENTANG ISU WAHABI

Image
SYEIKH YUSUF AL QARADHAWI DALAM FATWANYA TENTANG ISU WAHABI Dr. Yusuf Al-Qaradhawi Menjelaskan Tentang WahabiKongsi. Semalam pada pukul 1.10 pagi Perkataan Wahabi Kadang-kala, Dr. Yusuf Al-Qaradhawi ada memanggil golongan pengaku salafi ini sebagai wahabi juga sepertimana dalam satu wawancara di mana beliau berkata من كفر السلفية أو الوهابية من كفر الصوفية من كفر الشيعة هذا موجود فعلا Maksudnya: “Ada orang yang mengkafirkan As-Salafiyyah atau Al-Wahhabiyyah, ada orang yang mengkafirkan Sufiyyah dan ada orang yang mengkafirkan Syiah. Ini memang berlaku secara realitinya”. Rujukan: http://www.qaradawi.net/site/topics/article.asp?cu_no=2&item_no=5541&version=1&template_id=105&parent_id=16 Perkembangan Wahabi Beliau menulis dalam kitabnya berjudul “Ummatuna Bain Qarnain” “Dan di Al-Mamlakah Al-Arabiyyah As-Saudiyyah (Republik Arab Saudi) muncul gerakan As-Salafiyyah yang mengajak kepada Tauhid yang berunsurkan tiga unsur iaitu: Tauhid Rububiyyah, Tauhid Uluhiyyah d

Ulamak-Ulamak Yang Membolehkan Tawassul

Image
Soalan : Terdapat golongan yang ekstrim menghukum syirik ke atas umat Islam yang melakukan tawassul kepada RasuluLlah sallaLlahu 'alaihi wasallam. Adakah perbuatan ini benar dan siapakah di kalangan para A'immah dan Huffaz yang membolehkan tawassul ? Jawapan : Al Allamah al Muhaddith al Arif billah, Sayyid Muhammad bin Alawi al Maliki telah membahas perkara tawassul ini dengan panjang lebar di dalam kitab beliau bertajuk Mafahim Yajibu an Tushahhah (lihat Muhiqq At Taqawwul fi Mas'alah at Tawassul dalam Rasa'il Hammah wa Mabahith Qayyimah, ms 397) Kemudian beliau menyenaraikan nama-nama para A'immah dan Huffaz yang membolehkan tawassul antaranya : 1. Al Imam Al Hafiz, Abu AbduLlah al Hakim dalam Al Mustadrak. (Di dalam kitab tersebut, beliau menyebutkan Nabi Adan bertawassul dengan Nabi sallaLlahu 'alaihi wasallam dan mensahihkannya) 2. Al Imam Al Hafiz, Abu Bakar al Baihaqi dalam Dala'il an Nubuwwah (Beliau juga menyebut tentang hadith Nabi Adam bertawass

Syarat Merotan Anak

Image
Syarat Merotan Anak Menurut Sunnah Pandangan berikut ialah semata-mata panduan daripada sudut fiqh. Perbincangan mengenai memukul anak ini perlu dilakukan menyeluruh, termasuk bagaimana pengasihnya nabi ke atas kanak-kanak, dan juga elemen psikologi yang lain.  1. Merotan atau memukul dibenarkan taktala anak mula berumur 10 tahun Sabda nabi: مروا أولادكم بالصلاة وهم أبناء سبع، واضربوهم عليها وهم أبناء عشر (Ajar anak kamu solat ketika umurnya 7 tahun, dan (sekiranya mereka enggan) pukul mereka apabila mencecah 10 tahun). (Riwayat Abu Daud) 2. Tidak melebihi 3 kali bagi hukuman rotan biasa, atau 10 kali bagi hukuman qisas.  لا يجلد فوق عشر جلدات الا في حد من حدود Hadith Abu Hurairah, Sabda Nabi: Tidak boleh merotan melebihi 10 kali melainkan pada hukum hudud (Hadith Bukhari) Menurut Umar Abdul Aziz: Guru-guru tidak boleh merotan melebihi 3 kali, kerana ianya boleh menimbulkan fobia dan kebimbangan kepada kanak-kanak. Menurut al-Dohak: Apa-apa sahaja pukulan atau ro

Kisah Imam Syafie Dan Isterinya

Image
Imam Syafie pernah ditanya oleh isterinya, “Suamiku, apakah engkau mencintaiku?” Beliau menjawab, “Ya tentu saja, dirimu adalah sebahagian dalam hidupku.” Mendengar itu, isterinya bertanya lg, “Apakah engkau juga mencintai Allah? Bagaimana mungkin dua cinta menyatu dalam HATI ♥ seorang mukmin. Cinta kepada Allah dan juga mencintaiku?” Beliau tersenyum dan mengatakan kepada isterinya dgn pandangan mata yg lembut penuh kasih sayang. “Kerana cintaku kpd Allah, maka aku mencintai makhlukNya, memperlakukan dgn hormat dan penuh kasih sayang terhadap isteriku, anak-anakku dan sesama insan. Aku MENCINTAIMU kerana CINTAKU kepada ALLAH.”..♥.

Biodata Ringkas Imam Syafie

Nama Sebenar Nama sebenar Imam al Syafi’i ialah Muhammad ibn Idris ibn Abbas ibn Uthman ibn Syafi’ ibn Saib ibn Abi Yazid Ubai ibn Hasyim ibn al Muttalib ibn Abdul Manaf (datuk Rasulullah ص) ibn Qusai ibn Kilab . Pendidikannya Menerima pendidikan awalnya di Makkah Hiduplah Imam al Syafi’i bersama-sama ibunya dalam suasana yang amat payah kerana kemiskinan akibat kematian ayahnya itu. Kehidupan mereka bagaikan ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Namun, Imam al syafi’i terus membesar di bawah penjagaan ibunya yang merupakan seorang perempuan yang amat salihah dan anak kepada cucu al Hasan cucunda Rasulullah ص. Hafal al Quran ketika usia 7 tahun Imam al Syafi’i tidak melekakan dirinya dengan perkara yang tidak berfaedah, sebaliknya sejak dari usia kana-kanak lagi ibunya menhantarnya belajar al Quran kepada seorang ulama besar ahli qira’at di Kota Makkah bernama Abu Ali Ismail ibn Qastatin. Dalam usia 7 tahun, Imam Syafi’i telah menghafal seluruh al Qura