Biodata Ringkas Imam Syafie

Nama Sebenar
Nama sebenar Imam al Syafi’i ialah Muhammad ibn Idris ibn Abbas ibn Uthman ibn Syafi’ ibn Saib ibn Abi Yazid Ubai ibn Hasyim ibn al Muttalib ibn Abdul Manaf (datuk Rasulullah ص) ibn Qusai ibn Kilab.

Pendidikannya
Menerima pendidikan awalnya di Makkah
Hiduplah Imam al Syafi’i bersama-sama ibunya dalam suasana yang amat payah kerana kemiskinan akibat kematian ayahnya itu. Kehidupan mereka bagaikan ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Namun, Imam al syafi’i terus membesar di bawah penjagaan ibunya yang merupakan seorang perempuan yang amat salihah dan anak kepada cucu al Hasan cucunda Rasulullah ص.

Hafal al Quran ketika usia 7 tahun
Imam al Syafi’i tidak melekakan dirinya dengan perkara yang tidak berfaedah, sebaliknya sejak dari usia kana-kanak lagi ibunya menhantarnya belajar al Quran kepada seorang ulama besar ahli qira’at di Kota Makkah bernama Abu Ali Ismail ibn Qastatin. Dalam usia 7 tahun, Imam Syafi’i telah menghafal seluruh al Quran.



Mahu belajar kepada Imam Malik
Imam Syafi’i mahu merantau ke Kota Madinah atas sebab-sebab berikut, iaitu pertamanya di sana merupakan tempat bersemadinya jasad Rasulullah ص lebih baik ziarah makam Baginda Rasulullah ص terlebih dahulu sebelum merantau ke tempat lain. Keduanya, alim ulama yang hampir dengan Makkah ialah Madinah. Selain itu, beliau ingin beribadat di dalam Masjid Nabawi yang merupakan masjid kedua paling berkat di antara tiga masjid yang dianjur oleh Rasulullah ص agar umat bermusafir kepadanya.
            Oleh itu, Imam Syafi’i telah mengambil keputusan untuk berlayar ke bumi Madinah untuk berguru kepada seorang ulama besar ahli hadith yang terkemuka iaitu Imam Malik ibn Anas yang merupakan kitab hadith yang ternama di seluruh dunia Islam pada masa itu iaitu kitab al Muwatta’.
            Isi kitab Muwatta’ Imam Malik yang mengandungi sebanyak 1700 buah hadith itu sudahpun Imam Syafi’i menghafalnya ketika beliau berusia dalam lingkungan 10 tahun. Namun kerana pengarangnya masih belum ditemui, maka tidak lengkap jika telah menghafal tanpa bertemu.
            Setelah menemui Imam Malik, beliau telah menerima Imam Syafi’i, Imam Syafi’i  berulang alik datang ke rumah Imam Malik untuk mempelajari kitab Muwatta’. Imam Syafi’i membaca kitab itu sambil didengar dengan teliti oleh Imam Malik. Oleh kerana kepintaran dan kemantapan Imam Syafi’i di dalam menghafal isi kitab Muwatta’ itu, maka beliau dapat membaca kitab Muwatta’ itu dengan lancar dan betul dan menghabiskannya dalam masa yang singkat.
            Apabila Imam Malik membaca hadith-hadith Nabi ص, Imam Syafi’i mencatit semua hadith-hadith itu. Kemudian menghafalnya ketika itu juga , kebolehan dan kepintaran Imam Syafi’i membuat Imam Malik semakin tertarik hati, semakin merasa kagum dan mulai tumbuh rasa sayang kepadanya.
            Ketika Imam Malik hendak membaca kitab Muwatta’ kepada para pelajarnya, beliau menyuruh Imam Syafi’i membacanya. Lalu seluruh muridnya menulis apa yang dibaca oleh beliau. Dengan cara ini, isi-isi kitab tersebut semakin melekat di dalam dada beliau juga ia turut menyebabkan beliau semakin dikenali.

Merantau ke Iraq
Setelah hampir 2 tahun belajar bersama Imam Malik, dari usianya 20 tahun hingga 22 tahun kini Imam Syafi’i berhijrah ke Iraq membawa hajat untuk bertemu dua orang ulama Iraq yang mana kedua-dua mereka merupakan sahabat dan anak murid Imam Abu Hanifah yang paling terkemuka iaitu Imam Abu Yusuf, ketua Qadi Iraq dan Imam Muhammad ibn Hasan Al Syaibani. Selama hampir 24 hari 24 malam perjalanan dari Madinah, Imam Syafi’i selamat tiba dan menunaikan solat di Masjid Kufah, Iraq.

Mencari ilmu ke Yaman
Setelah Imam Malik meninggal dunia, Imam Syafi’i merasa kekosongan kerana sangat sedih hatinya di atas pemergian guru yang amat dikasihinya yang menyediakan bilik khusus di rumahnya untuk keselesaan Imam Syafi’i, yang mahukan Imam Syafi’i menjadi pembaca Muwatta’ semasa pengajiannya, memberi bantuan kewangan kepada Imam Syafi’i dikala kesempitan selama 7 tahun di sisi guru yang dikasihinya itu.
            Ketika Imam Malik meninggal dunia beliau berusia 86 tahun dan Imam Malik berusia 29 tahun dan 57 tahun lebih muda daripada Imam Malik.
            Di negeri Yaman, Imam Syafi’i dilantik oleh gabenor negeri itu bekerja sebagai setiausaha peribadi kepadanya. Setelah beberapa hari menjalankan tugasnya, terserlah kecekapan dan keahlian Imam Syafi’i dalam bidang pentadbiran negeri bukan hanya pakar dalam bidang hukum hakam bahkan polotik atau pentadbiran yang cekap.
            Imam Syafi’i amat dikasihi oleh gabenor lalu dicarikan seorang isteri untuknya kerana melihatkan usia Imam Syafi’i sudah menjangkau usia 29 tahun dan layak untuk bernikah. Imam Syafi’i dijodohkan dengan gadis bernama Hamidah binti Nafi’, gadis keturunan anak cucu Sayyiduna Uthman ibn Affan, sahabat dan menantu Rasulullah ص serta Khalifah Al Rasyidin yang ketiga dan syahid dibunuh musuh.
            Di samping bekerja mencari nafkah hidup untuk keluarganya, matlamat utamanya berhijrah ke Yaman adalah untuk menuntut ilmu dan orang menjadi tumpuannya adalah Imam Yahya ibn Hasan, seorang ulama merangkap Mufti Negeri Yaman. Pelbagai ilmu yang diperolehi selama menuntut dengan Imam Yahya dari ilmu-ilmu agama hinggalah ilmu firasat yakni sejenis ilmu yang digunakan untuk menilik sifat dan tabiat  seseorang melalui air muka, perawakan badan, suara, pandangan mata, gaya bercakap dan tanda-tanda lain di badan. Istilah sekarang lebih dikenali dengan ilmu phsycology.

Kewafatan Imam Syafi’i di Mesir
Imam Syafi’i berhijrah ke Mesir pada bulan Syawal 198 Hijrah ketika usianya 48 tahun. Beliau menetap di sana selama hampir enam tahun dan telah banyak mengajar dan menyusun kitab-kitab  yang berisi pendapat-pendapat hasil ijtihad beliau di Mesir.

Comments

Popular posts from this blog

CARA MENINGKATKN BILANGAN PUSH UPS (Tekan Tubi)

TIPS MEMBINA OTOT DADA (CHEST)

Biodata Allahyarham Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat