Posts

Showing posts from January, 2015

Ulamak-Ulamak Yang Membolehkan Tawassul

Image
Soalan : Terdapat golongan yang ekstrim menghukum syirik ke atas umat Islam yang melakukan tawassul kepada RasuluLlah sallaLlahu 'alaihi wasallam. Adakah perbuatan ini benar dan siapakah di kalangan para A'immah dan Huffaz yang membolehkan tawassul ? Jawapan : Al Allamah al Muhaddith al Arif billah, Sayyid Muhammad bin Alawi al Maliki telah membahas perkara tawassul ini dengan panjang lebar di dalam kitab beliau bertajuk Mafahim Yajibu an Tushahhah (lihat Muhiqq At Taqawwul fi Mas'alah at Tawassul dalam Rasa'il Hammah wa Mabahith Qayyimah, ms 397) Kemudian beliau menyenaraikan nama-nama para A'immah dan Huffaz yang membolehkan tawassul antaranya : 1. Al Imam Al Hafiz, Abu AbduLlah al Hakim dalam Al Mustadrak. (Di dalam kitab tersebut, beliau menyebutkan Nabi Adan bertawassul dengan Nabi sallaLlahu 'alaihi wasallam dan mensahihkannya) 2. Al Imam Al Hafiz, Abu Bakar al Baihaqi dalam Dala'il an Nubuwwah (Beliau juga menyebut tentang hadith Nabi Adam bertawass

Syarat Merotan Anak

Image
Syarat Merotan Anak Menurut Sunnah Pandangan berikut ialah semata-mata panduan daripada sudut fiqh. Perbincangan mengenai memukul anak ini perlu dilakukan menyeluruh, termasuk bagaimana pengasihnya nabi ke atas kanak-kanak, dan juga elemen psikologi yang lain.  1. Merotan atau memukul dibenarkan taktala anak mula berumur 10 tahun Sabda nabi: مروا أولادكم بالصلاة وهم أبناء سبع، واضربوهم عليها وهم أبناء عشر (Ajar anak kamu solat ketika umurnya 7 tahun, dan (sekiranya mereka enggan) pukul mereka apabila mencecah 10 tahun). (Riwayat Abu Daud) 2. Tidak melebihi 3 kali bagi hukuman rotan biasa, atau 10 kali bagi hukuman qisas.  لا يجلد فوق عشر جلدات الا في حد من حدود Hadith Abu Hurairah, Sabda Nabi: Tidak boleh merotan melebihi 10 kali melainkan pada hukum hudud (Hadith Bukhari) Menurut Umar Abdul Aziz: Guru-guru tidak boleh merotan melebihi 3 kali, kerana ianya boleh menimbulkan fobia dan kebimbangan kepada kanak-kanak. Menurut al-Dohak: Apa-apa sahaja pukulan atau ro

Kisah Imam Syafie Dan Isterinya

Image
Imam Syafie pernah ditanya oleh isterinya, “Suamiku, apakah engkau mencintaiku?” Beliau menjawab, “Ya tentu saja, dirimu adalah sebahagian dalam hidupku.” Mendengar itu, isterinya bertanya lg, “Apakah engkau juga mencintai Allah? Bagaimana mungkin dua cinta menyatu dalam HATI ♥ seorang mukmin. Cinta kepada Allah dan juga mencintaiku?” Beliau tersenyum dan mengatakan kepada isterinya dgn pandangan mata yg lembut penuh kasih sayang. “Kerana cintaku kpd Allah, maka aku mencintai makhlukNya, memperlakukan dgn hormat dan penuh kasih sayang terhadap isteriku, anak-anakku dan sesama insan. Aku MENCINTAIMU kerana CINTAKU kepada ALLAH.”..♥.

Biodata Ringkas Imam Syafie

Nama Sebenar Nama sebenar Imam al Syafi’i ialah Muhammad ibn Idris ibn Abbas ibn Uthman ibn Syafi’ ibn Saib ibn Abi Yazid Ubai ibn Hasyim ibn al Muttalib ibn Abdul Manaf (datuk Rasulullah ص) ibn Qusai ibn Kilab . Pendidikannya Menerima pendidikan awalnya di Makkah Hiduplah Imam al Syafi’i bersama-sama ibunya dalam suasana yang amat payah kerana kemiskinan akibat kematian ayahnya itu. Kehidupan mereka bagaikan ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Namun, Imam al syafi’i terus membesar di bawah penjagaan ibunya yang merupakan seorang perempuan yang amat salihah dan anak kepada cucu al Hasan cucunda Rasulullah ص. Hafal al Quran ketika usia 7 tahun Imam al Syafi’i tidak melekakan dirinya dengan perkara yang tidak berfaedah, sebaliknya sejak dari usia kana-kanak lagi ibunya menhantarnya belajar al Quran kepada seorang ulama besar ahli qira’at di Kota Makkah bernama Abu Ali Ismail ibn Qastatin. Dalam usia 7 tahun, Imam Syafi’i telah menghafal seluruh al Qura

KISAH IMAM SYAFIE DI RUMAH IMAM AHMAD

Image
Pada suatu hari Imam Syafie rhm datang menziarahi Imam Ahmad bin Hambal. Apabila selesai makan malam bersama, Imam Syafie masuk ke bilik tidur yang telah disediakan untuknya dan segera berbaring sehingga terbit fajar. Anak perempuan Imam Ahmad yang sentiasa memerhatikan Imam Syafie sejak dari awal lagi bertanya kepada ayahnya dengan nada menegur, “Ayah selalu memuji dan mengatakan Imam Syafie itu seorang ulama yang sangat alim. Sebaliknya apa yang saya perhatikan banyak perkara tidak mengambarkan ianya seorang yang benar-benar alim. Imam Ahmad amat terkejut mendengar perkataan anak permpuannya, lalu ianya bertanya, “Ia seorang alim wahai anakku, mengapa kamu berkata demikian?” Anak perempuannya menjawab,” Aku perhatikan ada tiga perkara menyebabkan kekurangannya, wahai ayah. Pertama, pada waktu dihidangkan makanan, ia memakannya dengan lahap sekali. Kedua, sejak masuk ke bilik tidurnya, ia tidak Solat Malam sebaliknya hanya keluar setelah masuk waktu Subuh. Ketiga, Ia Solat Subuh tanpa

Hukum Al Quran Dalam Gadjet

Image
Para ulama berpendapat bahawa ayat yang ditulis pada sesuatu dengan tujuan untuk mengaji atau mempelajari ayat al-Qur’an adalah haram untuk disentuh atau ditanggung oleh orang yang berhadas. Sementara ayat-ayat yang ditulis bukan kerana tujuan mengaji atau belajar membaca ayat tersebut, umpamanya ayat al-Qur’an yang ditulis sebagai tangkal dan azimat maka harus ia disentuh atau ditanggung oleh orang yang berhadas. Adapun alat-alat seperti telefon bimbit atau PDA (Personal Digital Assistant) yang terdapat padanya perisian al-Qur’an, tidaklah dihukumkan sebagai al-Qur’an sungguhpun ianya diniatkan untuk mengaji atau mempelajari ayat-ayat al-Qur’an tersebut. Ini kerana pancaran tulisan al-Qur’an pada skrinnya adalah berbentuk elektronik dan tidak kekal. Begitu juga bacaan al-Qur’an yang berbunyi dari alat tersebut adalah berbentuk rakaman. Ia akan terpadam dan hilang jika alat tersebut dimatikan atau dialihkan ke program yang lain.  Maka tidaklah menjadi kesalahan untuk menanggun

Isu Mengirim Pahala Kepada Si Mati

Image
Persoalan mengenai bid’ah sebenarnya telah diselesaikan oleh ulamak lama dahulu dan sekarang ini telah ditimbulkan semula oleh golongan yang tidak memahami khilaf ijtihad ulamak yang kemudiannya mengatakan bahawa ia adalah bid’ah sesat walaupun sudah ada dalil dan hujjah dari al Quran dan hadith. Sekiranya ada yang mengatakan bacaan al Quran dan doa ia tidak sampai kepada simayyit maka tidak perlu mengatakan ia sebagai bid’ah, kerana ijtihad yang memngatakan ia boleh adalah hasil dari penyelidikan ulamak dari al Quran dan hadith sebelum mengeluarkan hukum bahawa sampainya pahala kepada si mayyit. Ulamak terdahulu apabila berbeza pendapat mereka tidak akan membid’ahkan pendapat ulamak yang membolehkan. Menurut Prof Dr Wahbah az Zuhaili Mazhab Imam Ahmad dan Jumhur salaf dan mazhab empat dan di antara mereka Malikiyah dan Syafi’iyah yang kemudian berpendapat sampai pahala amalan tersebut. Imam Abu Hanifah berpendapat : “Segala pahala dari sedekah dan lainnya sampai kepada maya

Hukum Menyambut Maulidurrasul

Image
Sambut  Kelahiran Nabi Muhammad s.a.w Umat islam di berbagai penjuru dunia sangat bersuka cita dengan masuknya bulan Rabiul Awwal, atau biasa disebut banyak orang sebagai bulan “Maulid”. Memang hal ini layak dan pantas sebab pada bulan inilah terjadinya Maulid (kelahiran) Nabi yang paling mulia, Nabi yang meliputi alam semesta dengan Risalah dan Rahmat-nya, Nabi yang paling banyak mendapat fadhail (keutamaan) dan keistimewaaan, beliaulah Nabi kita, Sayyiduna Muhammad bin Abdillah SAW. Kemudian, bermula dari bulan kelahiran Nabi Muhammad inilah saat ini kaum muslimin serentak di berbagai daerah mengadakan peringatan Maulid Nabi Muhammad, hampir sebulan penuh mereka mengisi hari-hari tersebut dengan mengumpulkan orang-orang membaca kitab Maulid, bersholawat, memuji Rasulullah dan mendengarkan ceramah agama kemudian menikmati hidangan. Kesemuanya itu tidak lain adalah perwujudan kesenangan hatinya menyambut datangnya bulan yang mulia ini. Yang ujung-ujungnya bahwa semua ini