Isu gadis bertudung berpelukan dengan artis kpop

KJ (gambar kecil) dan salah satu aksi ketika ketika salah seorang ahli kumpulan B1A4 memeluk seorang gadis semalam(gambar belakang)
KUALA LUMPUR: Menteri Belia dan Sukan, Khairi Jamaluddin atau KJ hari ini menyindir gadis-gadis belia yang meminati Kpop dengan menasihati mereka agar mencari lelaki yang tinggi, berkulit gelap dan tampan berbanding artis Kpop yang berkulit putih pucat, kurus dan juga 'cantik'.

Baca : Gadis Melayu bertudung dipeluk, dicium oleh Kpop terima kritikan dari Netizen

KJ menyatakan perkara itu di dalam akaun Twitternya dengan memuat naik status berbunyi "Banyak dikatakan ttg Kpop. Harap gadis2 Msia kembali kpd lelaki tall, dark & hensem. Bukan pale, skinny & pretty. Itu bukan lelaki sejati."


Laman Twitter kini dihujani dengan hashtag #menentangkejahatankpop hasil dari penyebaran video yang memaparkan beberapa gadis malaysia bertudung dipeluk dan dicium oleh artis Kpop dari kumpulan B1A4 yang dianggotai oleh Jung Jin Young, Shin Dong Woo, Lee Jung Hwan, Cha Seon Woo dan Gong Chan Sik.

Kita selaku orang islam tidak sepatutnya melakukan perkara sebegini.Di mana letaknya nilai-nilai islam dlm diri kita terutamanya kaum hawa?Ketahuilah bahawa segala yg telah disyariatkan kepada kaum hawa adalah untuk mengangkat martabat wanita,bukannya mengongkong mereka.Rasanya,x perlu lgi utk dibawakan ayat2 al quran dan hadis kerana semua telah maklum termasuk si pelaku itu sendiri.
Wallahualam.

Comments

Popular posts from this blog

CARA MENINGKATKN BILANGAN PUSH UPS (Tekan Tubi)

TIPS MEMBINA OTOT DADA (CHEST)

Biodata Allahyarham Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat