Posts

Showing posts from 2016

Biodata Tuan Guru Datuk Dr Haron Din

Tuan Guru Datuk Dr Haron Din (11 Mac 1940 - 16 September 2016) adalah ahli politik Malaysia dari Parti Islam Se-Malaysia yang juga merupakan Ketua Kluster Dakwah, Majlis Perundingan Islam Kebangsaan. Di peringkat parti, beliau merupakan Mursyidul Am merangkap Pengerusi Majlis Syura Ulamak PAS dari Februari 2015 sehingga kematian beliau pada September 2016. Beliau juga merupakan pengasas Persatuan Kebajikan dan Pengubatan Malaysia (Darussyifa'). Isi kandungan 1 Pendidikan 2 Kerjaya 2.1 Dakwah 2.2 Aktiviti Pengajian Agama 3 Penulisan 3.1 Buku 3.1.1 Pengajian Islam 3.1.2 Perundangan & Politik Islam 3.1.3 Permasalahan Fiqh Semasa 3.1.4 Pengubatan Islam 3.2 Artikel 3.3 Artikel dalam Majalah 3.4 Kertas Kerja 4 Penyelidikan 5 Politik 6 Pilihan raya 7 Pautan luar Pendidikan Madrasah al-Islahiah al-Wataniah, Bohor Mali Madrasah al-‘Alawiyah al-Diniah dan al-Kuliah al-Islamiah, Kelang Selangor Sijil Tertinggi Kolej - Kole

CARA MENINGKATKN BILANGAN PUSH UPS (Tekan Tubi)

Image
           Tekan Tubi merupakan salah satu senaman yang amat universal dan mempunyai pelbagai manfaat. Ianya menggunakan berat tubuh dan daya tarikan graviti sebagai beban. Tekan Tubi juga merupakan senaman yang tidak memerlukan ruang yang besar dan boleh dilaksanakan dengan pelbagai kaedah.                        Dalam aspek beladiri, latihan tekan tubi amat dititikberatkan kerana ianya mampu menguatkan otot-otot seperti Deltoid, Triceps, Pectorilis, Pectorilis Major, Latissimus Dorsi dan Rectus abdominis. Sebgai contohnya, kekuatan otot Deltoid (bahu) mampu menghasilkan penumbuk yang kuat kerana bahu merupakan IBU GERAK kepada pergerakan tangan. Manakala. kekuatan otot rectus abdominis (bahagian abdomen/otot perut) mampu memberikan kekuatan sewaktu melakukan tendangan.               Berikut adalah cara yang boleh dikategorikan sebagai salah satu cara paling efektif untuk menambah bilangan push ups: Langkah 1:Diamond Push Ups                                        

TIPS MEMBINA OTOT DADA (CHEST)

Image
      Jika anda mahukan badan berotot mantap, membina otot dada mestilah menjadi salah satu matlamat utama anda. Tiada jalan pintas untuk otot dada yang besar, tetapi ada cara yang betul dan cara yang salah untuk melakukannya. Latihan dan diet perlu di optimumkan untuk menghasilkan otot dada yang mantap dan apabila hasilnya sudah berjaya mmmmm…. pasti ramai akan memerhatikan anda dimana jua anda berada. Di sini saya telah senaraikan beberapa kaedah senaman terbaik yang boleh digunakan untuk membantu anda mencapai matlamat. Ia hanyalah sekadar bahan bacaan yang anda boleh temui dimana-mana melalui internet dan tidak akan berhasil jika anda hanya sekadar membaca dan mengetahuinya tanpa mulakan tindakan pertama. Oleh itu saya sarankan JOM mulakan hari ni. 1. LATIHAN Pada asasnya, jika anda bersenam untuk mendaptkan otot dada dengan betul dan bersungguh-sungguh pasti ianya berhasil. Pastikan setiap latihan yang dilakukan adalah latihan yang menumpukan ke kawasan dada secara keselur