CARA MENINGKATKN BILANGAN PUSH UPS (Tekan Tubi)



           Tekan Tubi merupakan salah satu senaman yang amat universal dan mempunyai pelbagai manfaat. Ianya menggunakan berat tubuh dan daya tarikan graviti sebagai beban. Tekan Tubi juga merupakan senaman yang tidak memerlukan ruang yang besar dan boleh dilaksanakan dengan pelbagai kaedah.
          
            Dalam aspek beladiri, latihan tekan tubi amat dititikberatkan kerana ianya mampu menguatkan otot-otot seperti Deltoid, Triceps, Pectorilis, Pectorilis Major, Latissimus Dorsi dan Rectus abdominis. Sebgai contohnya, kekuatan otot Deltoid (bahu) mampu menghasilkan penumbuk yang kuat kerana bahu merupakan IBU GERAK kepada pergerakan tangan. Manakala. kekuatan otot rectus abdominis (bahagian abdomen/otot perut) mampu memberikan kekuatan sewaktu melakukan tendangan.

              Berikut adalah cara yang boleh dikategorikan sebagai salah satu cara paling efektif untuk menambah bilangan push ups:

Langkah 1:Diamond Push Ups
                                                        


Lakukan push ups tersebut sehingga anda kepenatan.Rehat selama 30-40 saat kemudian teruskan kepada langkah kedua


Langkah 2 : Wide Grip Push Ups

Lakukan seperti langkah-1 iaitu buat sehingga anda kepenatan.Rehat selama 30-40 saat kemudian teruskan ke langkah seterusnya

Langkah 3 (Last) : Normal Push Ups
Lakukan susunan push ups tersebut selama beberapa minggu,insyaallah anda akan mendapat hasilnya kurang daripada 1 bulan...










                  

Comments

Popular posts from this blog

TIPS MEMBINA OTOT DADA (CHEST)

Biodata Allahyarham Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat