TIPS MEMBINA OTOT DADA (CHEST)



      Jika anda mahukan badan berotot mantap, membina otot dada mestilah menjadi salah satu matlamat utama anda. Tiada jalan pintas untuk otot dada yang besar, tetapi ada cara yang betul dan cara yang salah untuk melakukannya.
Latihan dan diet perlu di optimumkan untuk menghasilkan otot dada yang mantap dan apabila hasilnya sudah berjaya mmmmm…. pasti ramai akan memerhatikan anda dimana jua anda berada. Di sini saya telah senaraikan beberapa kaedah senaman terbaik yang boleh digunakan untuk membantu anda mencapai matlamat. Ia hanyalah sekadar bahan bacaan yang anda boleh temui dimana-mana melalui internet dan tidak akan berhasil jika anda hanya sekadar membaca dan mengetahuinya tanpa mulakan tindakan pertama. Oleh itu saya sarankan JOM mulakan hari ni.

1. LATIHAN
Pada asasnya, jika anda bersenam untuk mendaptkan otot dada dengan betul dan bersungguh-sungguh pasti ianya berhasil. Pastikan setiap latihan yang dilakukan adalah latihan yang menumpukan ke kawasan dada secara keseluruhan

A.Push Ups

- "Push ups” sama juga seperti anda melakukan senaman “bench press”, dengan mengubah sudut dan melebarkan kedua-dua tangan akan memberi tumpuan lebih berat kearah dada dan pada masa yang sama ia akan memberi manfaat kepada otot dibahagian sekeliling kawasan dada. Untuk kesan yang lebih baik tambahkan pemberat pada badan anda semasa melakukan “push up”.


B.Bench Press
 – Tiga perkara asas yang anda mesti ketahui iaitu: “Flat, incline dan decline” yang setiap satunya mensasarkan kawasan tertentu pada kawasan dada.

i.Flat Bench Press



ii.Incline Bench Press



iii.Decline Bench Press






C.Dips and flys
– Cari satu set bar, genggam bar dengan kedua-dua tangan anda kemudian angkat badan serta lipatkan kaki ke arah belakang. Kemudian perlahan-lahan turunkan diri anda sehingga siku pada sudut 90 darjah, dan kemudian tolak kembali. Kaedah “flys” menggunakan bahagian dalaman bahu sebagai titik pangsi.





2. INTENSITI MAKSIMUM

Badan manusia adalah mesin yang sangat pintar dan cekap. Oleh itu, ia tidak akan mesia-siakan sumber yang diperolehi, apa yang terjadi sebenarnya, ialah badan berusaha untuk memperbaiki dan menyenggara tisu-tisu otot dikawasan yang diperlukan. Ringkasnya, jika tindakan utama anda untuk menaikkan otot dada, kawasan otot dada mesti dilatih hingga akhir limit dan satu cara untuk sampai ke limit itu adalah dengan intensiti maksimum.
Apakah intensiti maksimum? Contohnya apabila anda membuat latihan tumpuan pada kawasan dada berulang kali sehingga anda terasa penat dan tidak boleh diteruskan. Secara literal, otot anda gagal. Inilah yang dimaksudkan dengan intensiti maksimum yang mana daya yang wujud pada masa inilah yang mencetuskan pembinaan otot.
Juga sumber protein dan tenaga dan segala sumber yang diperlukan semasa proses pembinaan otot akan memberi tumpuan kearah kawasan dada untuk pembaikan dan pertumbuhan.




3. MENCAPAI INTENSITI MAKSIMUM!

Dapatkan bantuan jurulatih atau kawan semasa latihan mengangkat. Anda tidak akan risau semasa latihan mengangkat beban apabila mereka membantu anda. Tambah beban untuk memaksimumkan limit.
Dengan selamat anda dapat menolak otot anda sehingga limit kerana ada yang akan membantu anda jika anda keletihan. Sebagai bonus, mereka dapat memberi kata-kata perangsang semasa latihan anda.
Dengar muzik kegemaran anda-Muzik yang memberi semangat dan menggalakkan anda untuk terus berusaha.
Dapatkan rehat yang cukup-Pertumbuhan otot akan berlaku selepas anda keluar dari gym. Tujuan senaman dada adalah untuk merangsang pertumbuhan dan tiada selain itu. Apabila objektif telah dicapai, berikan rehat kepada badan anda untuk berehat dan pulih. Latihan yang berterusan tanpa rehat tidak akan memberikan keputusan yang terbaik
Ya, anda akan mula lemah dan mudah mendapat kecederaan semasa latihan. Untuk kekal segar, dapatkan motivasi dan sediakan minda anda, cuba lakukan latihan sengit 2 kali seminggu kemudian dapatkan rehat.

Comments

Popular posts from this blog

CARA MENINGKATKN BILANGAN PUSH UPS (Tekan Tubi)

Biodata Allahyarham Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat